Kolam air panas kampung la.itulah nama tempat ini walaupum pada hakikatnya ianya terletak di pinggir ladang kelapa sawit felda tenang jertih terengganu jarak dari bandar kuala terengganu ke sini lebuh kurang 120 km dan dari bandar jertih lebih kurang 20 km sahaja,anda boleh datang ke sini melaluil 2 laluan yang berbeza,laluan pertama melaluil felda tenang dan laluan ke dua melaluil laluan kg la ke kg bogel hulu besut,laluan kg la adalah laluan asal untuk ke kolam air panas la sebelum laluan felda tenang di buka.sepanjang perjalanan dari felda tenang atau pun laluan kg la anda akan menyaksikan pemandangan ladang kelapa sawit.setiba nya anda di sini anda akan di kenakan bayran parking sebanyak rm1 sahaja,air panas yang keluar dari celahan batu
di kolam air panas kg la ini dipercayail mampu menyembuh kan pelbagai jenis penyakit kulit dan kebas kaki serta lumpuh,suhu air panas di sini ialah dalam29 ke 35 darjah c.di sini terdapat beberapa buah kolam yang baru di dirikan untuk kemudahan pelancong mandi manda,dan di sini juga terdapat satu anak sungai yang mengalir dari kemuncak gunung tebu,terdapat juga sebuah jeram air terjun berhampiran dengan kolam air pans ini,jika anda merasa bosan mandi air panas anda boleh mandi air sejuk dari jeram air terjun itu,jarak lokasi air terjun tersebut dari kolam air panas ini lebih kurang 200 meter sahaja di mana terdapat lalauan khas yang di sediakan untuk ke sana,jeram air terjun ini di nama kan lata kolam.Di sini juga terdapat beberapa buah chelet murah untuk kemudahan para pelancung bermalam.di sini terdapat banyak kedai makan yang di usahakan penduduk tempatan dan dapat di lihat peniaga menjual pelampung untuk kegunaan kanak kanak,rugi rasanya jika anda datang ke besut tapi tidak datang ke kolam air panas kg la,antara lokasi pelancongan lain terdapat berhampiran dengan kolam air panas la ini ialah lata tembakah,pantai bukit keluang,pantai air tawar dan pulau perhentian,
CHAT box GOMO FM
Lata Tembakah,terletak di kampung Bukit Payong Jertih terengganu,jarak dari pekan Jertih 20 km.Lata Tembakah terletak di dalam hutan simpan kekal Pelagat,hutan lipur Lata Tembakah adalah salah satu lokasi percutian yang amat terkenal di negeri Terengganu.
Disini terdapat 7 jeram air terjun bertingkat . setiap tingkat terdapat kolam yang cantik sesuail untuk anda mandi manda sambil melihat riak ikan ikan kecil bermain di sekitar kolam ini,hutan lipur lata tembakah ini di buka secara rasmi pada tahun 1995 setelah sebuah jambatan yang melintasi sungai Besut siap dibina.hutan lipur
ini di uruskan sepenuh nya oleh jabatan perhutanan negeri terengganu.bagi anda yang ingin datang bercuti ke sini anda boleh memandu melaluil jalan jertih pasir akar,sekiranya anda dari kuala terengganu anda boleh melaluil jalan jabi kg oh pasir akar dan terus ke kg bekok bukit payung.di sini terdapat beberapa buah chelet di sediakan bagi anda yang ingin bermalam di sini,kadar sewa yang di kenakan amatlah berpatutan
sekiranya anda ingin berkhemah di sini anda di nasihat kan membuat permohonan dari jabatan perhutan daerah Terengganu utara kampong Raja.di sini terdapat banyak kemudahan asas yang telah di sediakan sepaerti surau,tandas awan,bilik persalinan dan sebagainya.jika anda masih mencari lokasi percutian yang bebas dari pencemaran alam di sinilah lokasinya.




