Tasik Kenyir antara salah satu lokasi percutian yang amat terkenal di Terengganu,terletak di Hulu Terengganu.20 km dari bandar Kuala Berang,70 km dari Bandaraya Terengganu.
Tasik Kenyir di bina pada akhir tahun 1970 an,ia nya siap sepenuh nya pada tahun 1988.Tasik Kenyir merupakan sebuah Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil,Tasi ini di bina bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat pada masa itu.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah
mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.dengan siap nya pembinaan
Tasik Kenyir maka banyak lokasi lokasi pelancongan baru di buka di sini,antaranya ialah santuary Gajah Sungai ketiar,pangkalan Gawi,Taman harba Tasik Kenyir,santuary Kelah dan sebagainya.
Terdapat juga beberapa Gua peningalan zaman pra sejarah di sini,atara nya Gua Bewah.Rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
Rangka prasejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok.penemuan rangka manusia prasejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyit pada 1975.Sesunguh nya Tasik Kenyir banyak menyimpan misteri yang belum di ketahui lagi.banyak lokasi lokasi pelancongan baru yang di buka di Tasik Kenyir,jom sama lah kita bercuti ke Tasik Kenyir dan bersamalah kita menikmati ke indahan alam ciptaan tuhan di sini.
This Blog Has Been Hacked By RainsevenDotMy Crew
12 years ago
0 Responses to TASIK KENYIR