Content feed Comments Feed

CHAT box GOMO FM

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Pekej Percutian dan TEMPAHAN Sila Email Ke:-

Setiu agro resort terletak di Daerah Setiu Terengganu,25km dari pekan Permaisuri Setiu,Resort ini adalah satu lokasi percutian yang amat menarik belata belakan kan suasan hutan hujan tropika,terdapat juga dusun buah buahan di sini.,jika kunjungan anda ke sini pada musin buah buahan anda akan dapat merasa pengalaman memetik buah rambutan,langsat manggis dan sebagai nya,terdapat juga sebuah kolam yang penuh dengan ikan,anda dapat bermesra dengan ikan ikan ini kerana ikan di sini semuanya jinak jinak belaka,anda juga boleh mandi manda di sebuah kolam yang di sediakan khas untuk para pengunjung ke agro resort ini,jom tungu apa lagi sama sama kita bercuti ke Setiu Agro Resort...

Tasik Kenyir antara salah satu lokasi percutian yang amat terkenal di Terengganu,terletak di Hulu Terengganu.20 km dari bandar Kuala Berang,70 km dari Bandaraya Terengganu.
Tasik Kenyir di bina pada akhir tahun 1970 an,ia nya siap sepenuh nya pada tahun 1988.Tasik Kenyir merupakan sebuah Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil,Tasi ini di bina bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat pada masa itu.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah
mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.dengan siap nya pembinaan
Tasik Kenyir maka banyak lokasi lokasi pelancongan baru di buka di sini,antaranya ialah santuary Gajah Sungai ketiar,pangkalan Gawi,Taman harba Tasik Kenyir,santuary Kelah dan sebagainya.
Terdapat juga beberapa Gua peningalan zaman pra sejarah di sini,atara nya Gua Bewah.Rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
Rangka prasejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok.penemuan rangka manusia prasejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyit pada 1975.Sesunguh nya Tasik Kenyir banyak menyimpan misteri yang belum di ketahui lagi.banyak lokasi lokasi pelancongan baru yang di buka di Tasik Kenyir,jom sama lah kita bercuti ke Tasik Kenyir dan bersamalah kita menikmati ke indahan alam ciptaan tuhan di sini.



1 . Muzium terbesar di malaysia
2 . Pembuat Bot Tradisional Terengganu
3 . Pulau Pulau percutian yang Tercantik di dunia
4 . Seni pembuatan Batik dan Songket
5 . Seni dan kraftangan
6 . Tradisi dan kebudayaan
7 . Pokok cengal terbesar dan tertua di dunia
8 . Pheasent Farm terbesar di Malaysia
9 . Pantai terpanjang di Semenanjung Malaysia
10 . Tasik Kenyir-Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara
11 . Air terjun tertingi Di malaysia
12 . Salah satu dari lokasi Santuary kelip kelip di Malaysia


penginpan pilihan di Terengganu

Terdapat banyak resort dan hotel pilihan di Terengganu:

- Hotels

- Resort

- Lodging house

- Chalet

- Home stay program

Harga penginapan yang murah dan berpatutan.




Dungun Sebuah daerah yang kaya dengan lokasi lokasi percutian yang menari,antaranya seberang pintasan,Teluk Bidara,
Kuala Abang Lata Chemerong,Bukit Besi Dan sebagainya, pantai pantai Teluk Lipat ada lah satu lagi lokasi percutian yang tidak kurang hebat nya di Dungun.

Terletak hanya beberapa km sahaja dari pusat bandar dungun,pantai ini mempunyail pasir pantai yang putih bersih,air laut nya yang tenang serta menjadi pilihan bagi kaki pancing melepaskan gian mereka,

Di pantai ini juga terdapat kesan peningalan sejarah bukit besi ia itu tiang jejantas untuk mengankut biji besi ke kapal untuk di export ke luar negara.dari pantai Teluk Lipat ini juga anda akan dapat melihat pemandangan bot bot nelayan keluar masuk ke muara sungai dungun,di Pantai ini juga terdapat kemudahan asas untuk pengunjung seperti taman permainan kanak kanak dan sebagai nya,Di sini juga terdapat bbeberapa buah resort yang di dirikan.antara resort yang terkenal di sini ialah Mayang Sari Beach Resort,di sini juga terdapat banyak restoren ynag di dirikan perlbagai jenis masakan tersedia dari masakan Malaysia,Thailand hingalah ke masakan barat,jika anda berpeluang berkunjung ke Terengganu silalah datang ke Sini anda pasti berpuashati bila dapat melihat ke indahan pantai TelukLipat di Dungun Terengganu.


Pulau Tanggo merupakan salah satu lokasi menyelam yang menarik di Terengganu.
45 menit dari pesisir pantai Kuala Dungun dibagian selatan negeri Terengganu.

Pulau ini kecil – hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimanapun, ini tidak menghalang mendapat sebutan sebagai ’surga’ lebih-lebih di kalangan penggemar aktivitas menyelam skuba.banyak keindahan dan keunikan dapat dilihat di sini ada membabitkan spesies ikan atau terumbu karang yang amat cantik dan pelbagai warna.

Pelbagai spesies hidupan laut seperti ketam, udang, penyu, jerung dan sebagainya dapat dilihat apabila berada di dasar laut Pulau Tanggo.


Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk daratannya yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut – seperti dinding kanvas bagi kehidupan laut – ini yang menyebabkan lokasi ini tidak membosankan dikunjungi penyelam skuba. Pualau Tanggo juga mempunyail banyak lokasi menyelam yang menarik,antara nya Telok Air Tawar,Tanjung Gemok,Tanjung Sarang Lang,Tokong Timur.Tokang Talam,Tokong Laut,Turtle Point dan beberapa lokasi lagi,setiap lokasi ini menjanjikan pengalaman penyelaman yang berbeza,di palau tangok juga terdapat kemudahan asas yang didirikan untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung nya.terdapt beberapa buah Resort di dirikan di sini,antaranya Tanggo Island beach Resort dan Tanggo Aqua Resort,jom kita alami percutian yang sunguh menyoronok kan di Pulau Tanggo.
Untuk Maklumat Lanjut Tentang Pekej Percutian ke Pulau Tanggo Sila Email Ke:-

Pulau Kapas merupakan salah sebuah pulau yang terletak di negeri Terengganu. Pulau yang terletak di Marang berdekatan dengan ibu negeri Terengganu, 25 minit menaiki bot dari jetty maran,Pulau ini telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk Datang mengunjungi pulau tersebut.Pelancong-pelancong yang datang dari dalam mahu pun luar negara, sepertinya tidak ingin melepaskan peluang menikmati keindahan flora & fauna yang masih terpelihara. Selain itu, pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengagumkan turut menjadi faktor utama tarikan pelancong ke pulau ini. Bagi para pengunjung, Pulau Kapas merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Di samping itu juga, pulau yang telah dibangunkan oleh rakyat tempatan ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat 'jungle tracking', snorkeling, menyelam dan sukan pantai. Penginapan yang ditawarkan juga sesuai dan selesa untuk didiami dari hostel berpatutan ke chalet mewah. Kemudahan-kemudahan ini sesuai bagi rombongan pelajar untuk menjalankan pelbagai program di samping menghirup udara yang segar untuk merehatkan minda.untuk maklumat lanjut tentang pekej percutian ke pulau kapas sila email ke mmtravelblog@gmail.com

Memang benar pulau di perairan Terengganu itu pernah tersenarai antara 10 ... Namun seperti kata orang, kecantikan itu sesuatu yang subjektif pada individu berbeza. ..... Pulau kecil dan besar itu kaya dengan pelbagai spesies jerung, ikan lumba-lumba dan belbagai jenis spisis batu karang.
Antara pulau pulau yang menjadi sebutan rami pelancong asing ialah pulau lang tengah,terletak di perairan negeri Terengganu.kira kira 45 minit dengan menaiki bot laju dari jetty kampong merang.
Pulau ini umpam syurga bagi peminat aktiviti skuba lkerana terdapat pelbagai jenis batu karang yang dapat di temuail di sini,pantai nya yang berpasir putih airnya yang sejenih kristal,terdapat beberapa resort yang di dirikan di sini untuk kemudahan pelancong.pulau ini juga menjadi lokasi pengambaraan drama terbitan Zeel production yang bertajuk Duyung ardinata.sedikit sebanyak drama ini memaparkan ke indahan dasar laut pulau lang tengah,jika anda berpeluang datanglah bercuti ke sini,anda tentu berpuas hati bila dapat melihat sendiri ke indahan pulau ini.
Untuk Maklumat Lanjut Tentang Pekej Percutian ke Pulau Lang Tengah Sila Email Ke:-

RADIO GOMO FM

Labels

Visit Terengganu

BLOG PELANCONGAN TERENGGANU KU COMEL

free counters

COPYRIGHT TERENGGANU MALAYSIA TRAVEL © 2010. Powered by Blogger.
.